Cerai dadah

Sindrom cerai dadah, sarak atau bahan,[1] ialah gejala-gejala yang berlaku apabila ubat atau dadah diberhentikan atau dikurangkan secara mengejut.Sebelum gejala sarak berlaku, seseorang itu mesti telah menjadi bergantung kepada dadah itu dahulu. Ini boleh berlaku akibat kebergantungan fizikal, kebergantungan psikologi atau kedua-duanya. Kebergantungan pada dadah terjadi apabila bahan itu kerap diambil dalam satu tempoh yang agak lama.Kebergantungan menjadi apabila individu perlukan lebih banyak dadah atau ubat untuk merasakan kesan yang sama. Gejala sarak berbeza mengikut jenis dadah. Contohnya, ubat antimurung yang lama digunakan mungkin menyebabkan reaksi yang agak berbeza apabila dihentikan berbanding dengan dadah jenis opioid seperti heroin. Antara gejala sarak jenis opiat ialah lekas marah, berpeluh, muntah dan cirit-birit. Antara gejala cerai arak ialah lekas marah, keletihan, gemetar, berpeluh dan loya. Cerai nikotin boleh menyebabkan lekas marah, keletihan, insomnia, sakit kepala,dan sukar menumpukan perhatian. Banyak ubat dan bahan, walaupun dipreskripsikan oleh doktor, boleh menyebabkan gejala sarak apabila individu berhenti mengambilnya.Cara pengambilan, seperti melalui suntikan intravena, intraotot, mulut atau lain-lain, boleh mempengaruhi gejala sarak.[perlu rujukan] Ada beberapa peringkat cerai dadah; secara amnya, individu akan mula berasa tidak cergas (lembam), kemudian menjadi semakin teruk, mula menstabil, lalu gejala mula menghilang. Walau bagaimanapun, menghentikan ubat atau dadah tertentu (barbiturat, benzodiazepin, alkohol, glukokortikoid) boleh membawa maut.[perlu rujukan] Walaupun jarang orang yang menggunakan dadah mati kerana cerai dadah, menghentikan opiat (dan beberapa dadah lain) boleh menyebabkan keguguran kerana janin juga boleh mengalami sarak.Apabila seseorang berhenti mengambil dadah atau ubat yang telah lama digunakan, mereka mungkin mengalami gejala yang kuat jika ia menutupi masalah kesihatan lain seperti malnutrisi, penyakit, sakit kronik, jangkitan (biasa berlaku pada orang yang menyuntik dadah), atau kurang tidur. Masalah-masalah ini boleh timbul semula apabila dadah itu tiada lagi dalam badan, dan ia mungkin disalah anggap sebagai gejala sarak. Gen yang mengekod reseptor asetilkolin nikotinik alpha5 mempengaruhi gejala sarak nikotin dan alkohol.

Rujukan

WikiPedia: Cerai dadah https://meshb.nlm.nih.gov/record/ui?ui=D013375 https://web.archive.org/web/20200730020544/https:/... https://web.archive.org/web/20181013014319/https:/... https://web.archive.org/web/20191208070501/https:/... https://web.archive.org/web/20190528235308/http://... https://web.archive.org/web/20190518055626/http://... https://doi.org/10.1016%2FS0896-6273(00)80109-9 https://doi.org/10.1056%2FNEJMra1511480 https://doi.org/10.1503%2Fcmaj.050837 https://doi.org/10.1111%2Fimj.13215